Sejarah Kerajaan Perikatan Nasional

Krisis politik Malaysia 2020 dan kebangkitan kuasa

Pada 23 Februari 2020, ahli Dewan Rakyat dari parti politik Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan mesyuarat tertutup di sebuah dewan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya. Perkara ini kemudiannya hanya semata-semata majlis makan malam, yang dipanggil "Majlis Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen".[6] Ini mencetuskan kontroversi apabila rakyat mula ingin mengetahui tujuan dan makna majlis tersebut sehingga menyebabkan perpecahan dalam gabungan Pakatan Harapan. Acara pada hari itu dikenali sebagai "Langkah Sheraton",[7] dan ia dikenali sebagai "salah satu hari Ahad yang paling lama" dalam politik Malaysia.[8]

Ia kemudiannya disahkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, bahawa beliau, serta ahli parlimen dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memimpin gabungan yang dipanggil Perikatan Nasional, namun persetujuan mereka adalah bersyarat.[9]

Pada keesokan harinya, pemimpin Parti Keadilan Rakyat, Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dipecat daripada parti itu, seperti yang diumumkan oleh Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution tengah hari itu,[10] serta beberapa ahli parti lain mengumumkan keluar parti demi solidariti Azmin dan Zuraida.[11][12] Berikutan itu, Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri.[13][14] Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa parti tersebut secara rasmi meninggalkan gabungan Pakatan Harapan.[15][16] Ini menyebabkan gabungan yang sudah rapuh kehilangan majoriti di Dewan Rakyat, menandakan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan selama hampir 2 tahun.[17]

Walau bagaimanapun, atas permintaan Yang di-Pertuan Agong, Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sementara (interim) sehingga Perdana Menteri baharu dilantik[18].

Pemilihan Perdana Menteri

Berikutan vakum pemerintahan, Yang di-Pertuan Agong memanggil semua ahli parlimen ke Istana Negara pada 26 dan 27 Februari. Tujuannya untuk memberi kebenaran kepada setiap ahli parlimen memilih Perdana Menteri baharu. PH mahu Mahathir untuk kembali namun kemudian mencalonkan Anwar Ibrahim kepada jawatan[19] berdasarkan janji Mahathir untuk melepaskan tampuk pentadbiran kepada Anwar sebelum menarik balik pencalonan tersebut sekali lagi.[20] Pengembalian semula Mahathir telah mendapat sokongan dari BERSATU sendiri, BN, PAS, Parti Warisan Sabah (WARISAN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan parti politik lain yang diwakili di Parlimen. Walau bagaimanapun, BN, PAS dan GPS menentang Parti Tindakan Demokratik (DAP) di gabungan pemerintah, dengan cara yang sama Mahathir menentang pemulangan "kleptokrat dan pengkhianat" yang sama.

Pada 28 Februari, Istana Negara menyatakan bahawa tiada calon Perdana Menteri, sama ada Mahathir, Anwar, atau Muhyiddin memperoleh majoriti mudah di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan. Oleh itu, Baginda memberi peluang lagi kepada para pemimpin semua parti politik yang diwakili di Parlimen untuk mencadangkan Perdana Menteri yang baharu pada hari berikutnya.

Hasilnya, Baginda telah memutuskan untuk melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri mengikut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan selepas kepercayaan Baginda bahawa Muhyiddin mempunyai majoriti Dewan Rakyat,[21] kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin di kenyataan istana.

Menurut Setiausaha-Agung PAS Takiyuddin Hassan, Muhyiddin telah disokong 114 ahli parlimen mewakili BERSATU, BN, PAS, PBS dan GPS.[22] Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Tun Openg kemudian mengumumkan bahawa GPS bukanlah sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional yang baru diwujudkan tetapi sebuah parti yang memberi keyakinan kepada Muhyiddin.

Walaupun dakwaan Mahathir bahawa beliau mendapat sokongan daripada 114 orang ahli parlimen untuk kembali ke jawatan Perdana Menteri pada malam sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah, Muhyiddin telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan.[23]

Pembentukan Kabinet

    Maklumat selanjutnya: Kabinet Malaysia 2020

Walaupun sekadar melepasi majoriti mudah di dalam Dewan Rakyat, Perikatan Nasional tetap diiktiraf sebagai kerajaan yang sah setelah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan mengisytiharkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku pemimpin gabungan Perikatan Nasional, berdasarkan pemerhatian dan penghakiman baginda, beliau mempunyai sokongan majoriti Dewan Rakyat, dan harus dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.[24][25]

Pada pagi 9 Mac, Muhyiddin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan senarai jemaah menteri baharu. Beliau akan mengumumkan barisan Kabinet itu pada petang hari yang sama selepas mendapat perkenan baginda.[26]

Penjenamaan Kerajaan Perikatan Nasional sebagai sebuah kerajaan campuran

Pada Mei 2020, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN), Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyokong penubuhan Perikatan Nasional melalui kerjasama gabungan parti politik[27][28].

Sebuah Memorandum Persefahaman Perikatan Nasional dirangka bertujuan memperkasa dan memartabatkan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, prinsip-prinsip Rukunegara dan menjamin kebajikan dan kepentingan seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa[27].

Pembentukan Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional

Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional telah dibentuk pada 15 Mei 2020 menghimpunkan ahli parlimen penyokong kerajaan. Ia dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim (BN-UMNO), manakala timbalannya Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-PAS)[29].

Pembentukan Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional

Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional telah dibentuk pada 17 Disember 2020 yang dianggotai oleh ketua-ketua parti politik. Ia berperanan sebagai platform untuk membincangkan dasar-dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan[30].

Pembentukan Sekretariat Setiausaha Agung Parti-Parti Dalam Kerajaan Perikatan Nasional

Sekretariat Setiausaha Agung Parti-Parti Dalam Kerajaan Perikatan Nasional telah dibentuk pada 17 Disember 2020 yang dianggotai oleh Setiausaha-Setiausaha Agung parti politik yang membentuk kerajaan campuran Perikatan Nasional. Ia berperanan sebagai platform untuk membincangkan dasar-dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan dan membuat laporan mengenainya.[31].

Rujukan

WikiPedia: Kerajaan Perikatan Nasional http://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin... http://www.astroawani.com/berita-politik/tun-mahat... http://www.xinhuanet.com/english/2020-03/01/c_1388... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-m-t... https://www.astroawani.com/berita-politik/enam-par... https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/05/17... https://malaysiagazette.com/2020/02/23/najib-sokon... https://malaysiagazette.com/2020/02/24/%F0%9F%8E%A...